KEJAYAAN MANUSIA HANYA DALAM AGAMA.SEJAUH MANA MANUSIA TAAT PADA PERINTAH ALLAH DAN MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 22, 2010

ADAKAH KITA KEBAL DARI BALA MUSIBAH

Berita Di Akhbar Harian:


Hj.KAHAR RASUL MELAYU

Abdul Kahar ditangkap pada 16 September lalu di rumah sewa di Sungai Long dan ditahan di Penjara Sungai Buloh. Pertuduhan mengikut Seksyen 7, 8(a), 10(b), 12 (c) dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Bagi tuduhan pertama, ketua ajaran sesat yang diharamkan pada 1991 itu mengaku bersalah menyebarkan doktrin palsu dengan mendakwa solat cukup sekadar mencegah kemungkaran dan ibadah haji sia-sia dan merugikan.

Abdul Kahar juga didakwa membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul Melayu yang bertentangan ajaran Islam.

Dia juga menghadapi tuduhan menghina Islam dengan mengeluarkan perkataan yang berbunyi ‘sekiranya ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tonggang-tonggeng dan membebel sorang-sorang (merujuk kepada solat).
Dia juga menghadapi tuduhan keempat menyebarkan pandangan bertentangan fatwa dengan mendakwa sebagai Rasul Melayu, solat tidak wajib dan ibadah Haji tidak perlu ditunaikan di Makkah sebaliknya boleh dikerjakan di mana-mana saja.

Bagi tuduhan kelima, Abdul Kahar didakwa mengingkari arahan mufti apabila mengajar ajaran sesat itu di depan tiga individu lain sekali gus menghina pihak berkuasa agama yang sudah mewartakan ajaran itu sebagai sesat.


RANCANG BUNUH, BAKAR

KUALA LUMPUR: Nasib tiga tertuduh dalam kes bunuh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakaruddin Busu, lima tahun lalu akan diketahui 13 November ini apabila Mahkamah Tinggi di sini, memberikan keputusannya.

Hakim Datuk Muhammad Ideres Muhammad Rapee menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan selesai membuat hujahan balas terhadap hujahan peguam bela yang didengar pada 15 September lalu.

Terdahulu, dalam hujahan balas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail, berkata ketiga-tiga tertuduh, Sulkarnain Alias, 32, Noorman Ab Wahab, 31, dan Azizul Azual Mohamad Jailani, 24, membuat perancangan awal membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pedang seterusnya membakar mayat bagi melupuskan bukti.


BERSALIN SEHARI LEPAS NIKAH

ALOR STAR: Akad nikah kelmarin, namun semalam dimasukkan ke wad kerana sakit hendak bersalin adalah pengalaman dilalui seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Kedah dekat sini, apabila dikurniakan zuriat hanya sehari selepas bergelar isteri.

Kejadian menimpa remaja itu disebabkan dia terlanjur dengan teman lelaki berusia 19 tahun.

Difahamkan, remaja itu cuba menyembunyikan kandungan daripada pengetahuan keluarga, tetapi tidak bertahan lama apabila ibunya mengesan perubahan bentuk tubuhnya dan mendesaknya menceritakan perkara sebenar.

Sebaik mengetahui itu, keluarganya berjumpa keluarga teman lelakinya sebelum mereka mengambil keputusan menyelesaikan perkara itu secara baik dengan menyatukan kedua-dua remaja itu sebagai suami isteri.


MANGSA LELAKI JAHANAM

KUALA LUMPUR: Dia hanya berusia 14 tahun tetapi masa depannya diragut akibat dirogol seorang lelaki beristeri empat, menyebabkannya kecewa lantas merelakan teman lelaki serta rakan sekolah ‘membaham’ tubuhnya hampir setiap hari selama berbulan-bulan.

Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki sekali gus dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.

Gadis tingkatan dua itu yang mahu dikenali sebagai Roslina mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain dan dia kini bertaubat.


CABUL SISWI IPTS

DENGKIL: Seorang lelaki gila seks dikesan menyamar sebagai pemandu teksi semata-mata untuk melampiaskan nafsu dengan mencabul siswi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, baru-baru ini.

Selain berpakaian lengkap dan berlagak seperti pemandu teksi, lelaki berkenaan bertindak licik dengan menukar nombor pendaftaran teksi yang digunakannya dalam usaha mengaburi pihak berkuasa.


20,000 HADIRI GEGARIA

DUNGUN: Hari kemuncak Karnival GegaRia Harian Metro Dungun 2009 yang berlangsung di Dataran Dewan Merdeka, di sini, terus mendapat sokongan penduduk setempat dan luar daerah ini apabila lebih 20,000 pengunjung membanjiri dataran berkenaan sejak bermula awal pagi, kelmarin.

Walaupun keadaan cuaca sejak beberapa hari lalu kurang memuaskan, ia tidak menghalang pengunjung memberi sokongan dengan menyertai semua program diatur sepanjang ia berlangsung.

Pelbagai acara tradisi dan aktiviti disediakan untuk semua peringkat usia termasuk dam haji, wau, pertandingan teh tarik, mewarna, juara band Metro serta kereta cantik yang semuanya menawarkan hadiah menarik.

Program sepanjang dua hari dimulakan dengan pertandingan fit soccer yang menawarkan hadiah lumayan dengan setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100.


REMAJA SOROK BAWAH SOFA

PASIR PUTEH: Remaja perempuan memberi alasan mahu membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala remaja lelaki menyorok di bawah sofa.

Itulah keadaan yang berlaku selepas pasukan sukarela mencegah maksiat, Skuad Amru, menyerbu sebuah rumah di satu taman perumahan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, seorang pelajar perempuan dikatakan ke rumah rakan perempuan yang ketika itu turut bersama seorang rakan lelaki di rumah terbabit.

Ketua Operasi Skuad Amru, Zin Arif Hassan, berkata mereka menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan kehadiran beberapa remaja di dalam rumah berkenaan tanpa ditemani ibu bapa masing-masing.

TARGHIB :

Berdasarkan berita-berita di atas, adakah negara kita ini kebal dari bala dan musibah dari Allah swt?. Bila dilihat di negara-negara jiran kita terkena bala musibah dasyat, Indonesia dengan gerakgempanya, Philipina dengan ribut taufannya. Kampuchea, Vietnam dan Laos juga dengan ribut taufannya. Australia dengan taufan merahnya. India dengan banjir besarnya. Melihat bala musibah di negara-negara jiran, adakah kita boleh mendabik dada kerana kita kebal dengan bala musibah dari Allah swt?.

Belum tentu kita selamat wahai saudara saudari semua jika maksiat di atas berterusan manakala dakwah ditinggalkan. Jika di lihat pada hadis di bawah ini :

Dari Ursi ibn Amirah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab masyarakat banyak di sebabkan kejahatan segelintir mereka, sehingga segelintir mereka-mereka itu melakukan kejahatan yang sebenarnya mampu dicegah oleh masyarakat banyak tetapi mereka tidak berusaha mencegahnya. Jika terjadi demikian maka Allah mengambil keputusan untuk membinasakan semuanya masyarakat banyak dan juga segelintir." (Riwayat Tabrani : majma'uz Zawaa'id)

Juga hadis di bawah ini :

Dari Zainab binti Jahsyi r.ha menceritakan,"Aku bertanya Rasulullah saw, Wahai Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami ada orang-orang yang salih?" Rasulullah saw menjawab," Ya, apabila kejahatan telah berleluasa (bermaharajalela)" (Riwayat Bukhari :7135)

Juga jika tidak ada kesedihan dan kerisauan di atas maksiat yang banyak seperti berita di atas juga akan mengundang bala dan musibah dari Allah swt. Bersabit dari hadis Nabi saw bahawa Allah swt mewahyukan kepada Jibrail a.s untuk terbalikkan sekian bandar bersama penduduknya. Namun Ia kembali pada Allah dan mengkhabarkan bahawa di bandar berkenaan terdapat seorang hamba Allah yang tak pernah bermaksiat sekelip mata pun. Namun Allah swt berfirman hancurkan bandar berkenaan atasnya dan atas yang lain kerana pada wajahnya tidak ada sedikit pun kerisauan atas maksiat yang berlaku.

Jika dilihat di Mekah pada awalnya lebih maksiat dari sekarang. Segala-gala maksiat ada di sana. Zina, Minum arak, pembunuhan malah membunuh anak hidup-hidup, Tawaf dengan berbogel dan berbagai lagi maksiat. Orang yang terlaknat yang dilaknati oleh Allah swt pun ada di dalamnya. Namun tidak ada bala musibah seperti sekarang ini. Mengapa? Kerana adanya kerisauan dan dakwah oleh Nabi saw dan sahabat r.hum.

Nabi sentiasa risaubimbang atas umatnya ketika itu sebagaimana hadis Nabi saw:

dari Hindun bin Abi Ahalah r.a berkata." Adalah Nabi saw orang yang terus menerus dalam kesedihan dan risau (atas keadaan umatnya), beliau tidak pernah merasa tenang, banyak berdiam dan tiada bercakap tanpa keperluan." ( Riwayat Tirmizi : 226)

Fikir-fikirkanlah.

Sunday, January 17, 2010

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.
Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.. .
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.
Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang... Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.
Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."
Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam
Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

SEJARAH KEBIADABAN YAHUDI



Kejahatan paling mengerikan adalah kegemaran mereka membunuh para Nabi dan Rasul.

Mereka telah membunuh Nabi Yahya as secara kejam yaitu memenggal lehernya dan kepalanya diletakkan di dulang emas. Nabi Zakaria as juga dibunuh secara keji, iaitu dengan digergaji tubuhnya. Kedua pembunuhan ini terjadi pada masa pemerintahan raja Herodes. Mereka juga gemar membunuh orang-orang sholeh lainnya.

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar, dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka dengan siksa yang pedih“. [QS. Ali Imran: 21]

Nabi Isa as. pun tidak luput dari rencana busuk mereka untuk membunuhnya, akan tetapi Allah SWT menyelamatkannya. Sebagaimana firman Allah swt

“Dan karena ucapan mereka: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa ibnu Maryam Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi yang mereka bunuh dan salib itu ialah orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan Isa) benar-benar dalam keraguan tentang (yang dibunuh) itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak yakin bahwa yang mereka bunuh itu Isa”. [QS. An-Nisa’: 157]

Kejahatan raja Zu Nuwas adalah seorang raja Yahudi Najran di Yaman yang sangat fanatik, beliau tidak mahu sebarang agama lain di negeri kekuasaannya. Dikatakan ada sekelompok pengikut Nabi Isa as yang setia telah di ketahui oleh beliau, Lalu mereka dipaksa murtad dan masuk keagama Yahudi, siapa yang tidak mahu akan dibakar hidup-hidup. Raja Zu Nuwas memerintahkan pasukannya untuk menggali parit dan menyiapkan kayu dan bahan bakar, yang akan digunakan untuk membakar umat Nabi Isa as yang setia dan tidak mau murtad. Kejadian ini dikisahkan di dalam Al-Qur’an:

“Binasalah orang-orang yang membuat parit, yang berapi dinyalakan dengan kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu, melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. [QS. al-Buruj: 4 – 8].

Dalam pemerintahan Kerajaan Rom pimpinan kaisar Markus Urulius, seorang rabbi Yahudi berhasil menghasutnya untuk memusuhi agama Nasrani dan pemeluknya. Akhirnya dibuatlah keputusan untuk membunuh semua tentera yang beragama Nasrani. Hasutan rabbi Yahudi tersebut dilanjutkan dengan menakut-nakuti kaisar, bahwa orang-orang Nasrani mengidap penyakit berjangkit yang membahayakan rakyat. Oleh karena itu kaisar mengeluarkan perintah untuk membunuh semua penduduk Roma yang beragama Nasrani.

Puncak kejahatan Yahudi pada peringkat pertama terjadi pada masa Rasulullah saw di Madinah. Sebagaimana diketahui bahwa Nabi saw sebagai penguasa Madinah melakukan perjanjian damai kepada tiga suku Yahudi, yakni Bani Nadhir, Bani Qainuqa, dan Bani Quraizhah. Akhirnya ketiganya diusir dari Madinah karena melakukan pengkhianatan sebagaimana sudah menjadi kebiasaan mereka mengkhianati semua perjanjian dengan manusia sampai hari ini. Kejahatan mereka direkam dalam sejarah Islam.

Yahudi Bani Qainuqa' adalah Yahudi pertama yang mengingkari janjinya dengan Rasulullah, melalui isu pembunuhan seorang lelaki muslim yang datang menolong wanita muslimat yang di tanggalkan auratnya. Rasulillah dan sahabat mengepong mereka selama 15 malam dan akhirnya menyerah kalah lalu dihukum meninggalkan Madinah.

Yahudi Bani Nadhir melakukan pengkhianatan yang kedua. Satu ketika Rasulullah pergi ke perkampungan Yahudi bani Nadhir untuk meminta bantuan mereka atas diyat (denda) dua orang muslim yang terbunuh dari Bani Amir, yang melakukan pembunuhan adalah Amr bin Umayyah Ad-Dhimari. Permintaan itu dibuat disebabkan sudah adanya ikatan perjanjian persahabatan antara Rasulullah dengan mereka. Ketika Rasulullah datang menyatakan maksud kedatangannya, mereka bersetuju, namun ketika Rasulullah duduk bersandar di dinding rumah mereka, mereka merancang membunoh Rasulullah dengan menjatuhkan batu besar di atas kepalanya. Tetapi Allah melindungi Rasul-Nya dari perancangan Yahudi tersebut dengan mengirimkan wahyu melalui Malaikat Jibril tentang rencana jahat itu. Kemudian Rasulullah bergegas pulang ke Madinah, dan memberitahukan kepada para sahabatnya tentang perancangan burok mereka itu. Beliau memerintahkan para sahabatnya untuk bersiap-siap pergi memerangi mereka. Ketika orang Yahudi Bani Nadhir mengetahui kedatangan pasukan Rasulullah, mereka cepat pergi berlindung di balik benteng. Pasukan Islam mengepung perkampungan mereka selama 6 malam, beliau memerintahkan untuk menebang pohon kurma mereka dan membakarnya. Kemudian Allah memasukkan rasa gentar dan takut di hati mereka, sehingga mereka memohon izin kepada Rasulullah untuk keluar dari Madinah dan mengampuni nyawa mereka. Mereka juga meminta izin untuk membawa harta seberat yang mampu dipikul unta-unta mereka kecuali persenjataan, dan Rasulullah pun mengizinkannya.

“Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali yang pertama. Kami tiada menyangka bahwa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari siksaan Allah, maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang mereka tidak sangka. Dan Allah menancapkan ketakutan di dalam hati mereka, dan memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang beriman. Maka ambillah kejadian itu untuk menjadi pelajaran wahai orang yang mempunyai pandangan”. [QS. al-Hasyr: 2]

Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan yang ketiga, Yahudi Bani Nadhir yang telah terusir karena kesalahan mereka sendiri terus mendendam. Bersama Yahudi Quraizhah memilih beberapa pemimpin pergi menghasut orang-orang Quraisy, Ghasafan dan beberapa suku musyrik besar lainnya. Mereka berpakat untuk membentuk pasukan al-Ahzab iaitu pakatan ketenteraan antara pasukan Musyrik dan pasukan Yahudi. Peperangan Al-Ahzab itu betul-betul memberi ancaman besar buat kaum muslimin yang terkepung, apalagi tingkah laku golongan munafiqin yang membuat goyah pasukan Islam. Berkat kesabaran kaum muslimin, maka Allah SWT mengirim Malaikat dengan mendatangkan serangan berupa angin taufan dan petir yang memporak-porandakan pasukan Al-Ahzab. Kesemua mereka lari meninggalkan medan perang dengan membawa kekalahan. Tinggallah Yahudi Bani Quraizhah, lalu Rasulullah dan kaum muslimin terus bergerak menuju perkampungan Yahudi Bani Quraizah, dan mengepung mereka selama 25 malam. Orang-orang Yahudi tersebut benar-benar dicekam rasa ketakutan, lalu memohon kepada Rasulullah agar membenarkan mereka untuk keluar, sebagaimana yang beliau lakukan kepada Yahudi Bani Nadhir. Beliau menolak permohonan mereka, kecuali mereka keluar dengan taat pada keputusan beliau. Kemudian Rasululah menyerahkan keputusan atas mereka kepada Sa’ad ibnu Mu’adz pemimpin suku Aus. Keputusan telah ditetapkan yaitu: laki-laki dewasanya dibunuh, harta dirampas, anak-anak dan wanita menjadi tawanan.

“Hai orang-orang yang beriman ingatlah akan nikmat Allah kepadamu, ketika datang kepadamu tentara-tentara, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin topan dan tentara yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Yaitu ketika datang (musuh) dari atas dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka disitulah diuji orang-orang mukmin, dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat”. (QS. al-Ahzab: 9-11)

Itulah jenayah yang mereka pernah lakukan malah dipanjang zaman pasti kita akan dapat melihat kerosakan demi kerosakan akan mereka lakukan tanpa belas kasihan. Firman Allah swt :

"Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali, dan pasti kamu akan meyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” [QS. al-Isra’: 4]

Namun mereka pasti dan pasti akan dibunoh oleh tentera muslimin satu waktu nanti sebagaimana janji Rasullullah di dalam hadisnya :

"Kiamat tidak akan terjadi sebelum kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi. Mereka akan diperangi kaum Muslimin, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Maka berkatalah batu dan pohon tersebut: Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi bersembunyi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon gharqad, karena pohon itu adalah pohon Yahudi”. (HR.Bukhori-Muslim)

TIADA NUSRAH DARIPADA ALLAH

Tiada Nusrah Dari Allah. Di Mana Sebabnya ?


Air mata bercucuran keluar dari mata aku memenuhi pipi sambil suara menahan sebak yang teramat. Tangan aku genggam erat sambil menghentak meja. Aksi sepontan ini terjadi bila mata aku melihat berita dari Al-Jazeera takala wawancara dengan seorang ibu yang meraung sambil mendukung anaknya. Itu lah yang termampu aku buat tanda simpati kepada saudara-saudara Islam kita di sana.

Ya! Allah! Ini lah keadaan umat, dihina , dizalimi , dianiaya dan dimalukan.Mana mereka-mereka seperti Abu Bakar? Mana mereka-mereka seperti Umar? Mana mereka-mereka yang seperti Sahabat Nabi ? Tiada lagi mereka yang seperti Abu Bakar, Umar dan Sahabat Nabi atau yang mirip seperti Sahabat Nabi. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang rakus dengan “Dananir wa Darahim”. Mana mungkin Allah swt akan menurunkan nusrahnya pada umat ini.

Sabda Nabi saw : “ Setiap Ummat ada berhala-berhalanya dan berhala Ummat ini adalah Dinar dan Dirham.” ( Miskat Musabbih)

Apakah berhala itu ? Berhala adalah sesuatu yang disembah yang dipuji yang menjadi tempat mengadu dan bergantung. Dia lah penyelesai sebarang masaalah dalam hidup ini.

Apa kah Dinar dan Dirham itu? Ianya adalah wang, harta, kuasa, pangkat dan kedudukan.

Sabda Nabi saw lagi :” Aku bersumpah dengan nama Allah bukan lah kelaparan yang aku bimbang (takut) menimpa ke atas kamu, akan tetapi yang aku bimbang adalah kemewahan dunia datang ke atas kamu sebagaimana datang kepada mereka-mereka sebelum kamu. Kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya sebagaimana mereka-mereka berlumba-lumba mendapatnya dan kamu lalai dalam mendapatkanya sebagaimana mereka.”( Riwayat Bukhari dari Amru bin Auf).

Bila umat ini berlumba-lumba untuk mendapatkan wang, harta, pangkat dan kedudukan serta hati sentiasa berharap akan jadi kaya raya. Sentiasa berharap agar dapat berkuasa dan menyakini kalau ada wang boleh buat begitu dan begini. Dan kalau ada kuasa ada segala-galanya. Bila perasaan dan sikap begini ada pada umat ini, pasti dan pasti umat ini akan berada di gerbang kebinasaan. Pada ketika ini tiada ada bantuan dari Allah samada bantuan “Zahiriyah” mau pun bantuan “Ghaibiyah”. Buktinya lihat lah apa yang terjadi di Palestine sana.

Dalam e-mail yang diterima yang dipetik dari kenyataan penulis bebas Pakistan dan juga Pengarah CRSS (Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan Pakistan) menyatakan sebab apa Yahudi begitu kuat dan kita pula begitu lemah adalah kerana kebayakan tokoh-tokoh dunia adalah dari bangsa mereka. Pencipta-pecipta peralatan moden adalah dari bangsa Yahudi, penemuan ubat-ubatan adalah dari bangsa Yahudi, pemenang anugerah “Nobel Prize” adalah dari bangsa mereka. Saudagar barangan berjenama juga dari bangsa mereka. Pendekata dari segala bidang dikuasai oleh bangsa Yahudi.

Kesimpulan yang dibuat bahawa Umat Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan gagal menyalurkanya walau pun Umat Islam mempunyai negera yang kaya-kaya seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE. Ringkasnya Umat Islam kekurangan ilmu, kurang pendidikan dan kurang pelajaran.

Pandangan di atas ada juga benarnya namun persoalan yang paling besar adalah Umat Islam tidak memegang agama Islam dengan sunggoh-sunggoh dan telah mengabaikan hak Allah dan Rasulnya. Maka ke mana dunia pun umat ini tinggal dan di mana zaman pun umat ini berada kalau Umat Islam seperti ini pasti akan terus dihina oleh musoh-musohnya. Sehingga lah ummat ini kembali menyempurnakan hak Allah dan Rasulnya barulah umat ini akan keluar dari kepompong kehinaan di berbagai sudut tadi.

Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membela agama (membantu) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan atas musoh kamu) dan menegohkan pendirian kamu.” (Muhammad :7)

Firmanya lagi:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah ? dan ingatlah kepada Allah lah jua orang yang beriman itu berserah diri”. ( Ali-Imran : 160)

Maka umat ini berlu bangun bertaubat dan beristighfar atas kelalaian dan kesilapan kita serta kembali meyempurnakan Hak Allah dan Hak Rasulnya. kembali balik kepada penghayatan Islam dan kembali kepada tugas mulia umat ini iaitu Kerja Dakwah ilallah.

Firman Allah swt :
”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuroh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar (burok dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali_Imran :110)

Ini lah satu-satunya jalan keluar atas umat ini.

Wallahualam.

WAHAI SAUDARAKU

Penggunaan Kalimah Allah telah memberi ruang yang banyak kepada pendakyah Kristian di Indonesia. Bukan hanya kalimat Allah yang mereka gunakan tetapi juga kalimah yang lain seperti solat, qiblat, siratal mustaqim dan lain-lain lagi. Pada hari Natal mereka menyambut dengan pakaian Islam seperti jubah ketayap putih, tudung telekong tetapi juga berpalang salib di leher mereka.Kalau dihujjah kepada mereka ,"mengapa memakai pakaian Islam begitu?". Pasti mereka akan berkata,"Ini bukan pakaian Islam tetapi pakaian orang-orang Arab, Abu Jahal juga berpakaian begini, Abu Lahab juga berpakaian begini dan orang kafir di zaman Mekah juga berpakaian begini,".

Siapakah yang memberi ruang? Jawapannya : Sebahagian ahli bijak pandai Islam yang tidak bermazhab juga yang berhujjah begitu dengan mengatakan itu adalah pakaian bukan SUNNAH dan tidak bersabit dari hadis yang sahih.Pokok pangkal kitalah yang memberi ruang kepada mereka.

Terakhir mereka mengantikan nama Perayaan Krimas atau Hari Natal dengan "MAULIDUL ISA". Hasilnya ramailah anak-anak Islam yang terpedaya dengan dakyah halus mereka.

Kita pula di sini ada yang bersetuju kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian Malayisa dengan alasan ianya juga digunapakai oleh kafir musyrikin Mekah. Betambah pula dengan amalan dakwah yang tidak seberapa kerat malah gah je yang lebih. Yang menjalankan dakwah rumah ke rumah pun di herdik dan dicaci. Bolehkah kita melihat kalimah ini dijunjung tinggi nanti oleh anak dan cucu-cucu kita?

Jawapannya : Pikir-pikirlah sendiri.

ANAK DERHAKA

Aksi Jijik Si Derhaka : Metro 21 Disember 2009


PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, ketiga-tiga anaknya turut dihubongi supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu. (Metro 21 Disember 2009 : Dengan sedikit edit)

Targhib :

Ini lah keadaan kehidupan akhir zaman yang terpapar di dada akhbar. Dari kes zina beramai-ramai, buang bayi, tangkapan khalwat, ragut sehinggalah kepada kes bunoh kejam sekarang ini. Persoalannya bolehkah kita hidup di dalam suasana jahiliah akhir zaman ini. Kehidupan agama yang telah terkikis saban hari.

Bila kita perhati-hatikan nilai-nilai agama sedikit demi sedikit telah hilang di dalam kehidupan kita sekarang ini. Bayangkanlah bagaimana hak-hak ibubapa telah ditekankan oleh Allah swt dan Rasulnya melalui firman dan sabdaan rasulnya namun ianya tidak memberi bekas sedikit pun di dalam hati umat ini.

Diceritakan dari Abu hurairah ra bahawa satu ketika Abdullah Ibnu Umar ra melihat seorang Yaman mengelilingi Ka’bah kerana bertawaf dengan mendukung ibunya di belakangnya sambil berkata, “ Aku adalah seumpama seekor unta yang berjalan atas kehendak penunggangnya. Ketika unta-unta lain lari berkeliaran dan tidak boleh dikawal, tetapi aku tidak.”

Apabila ia melihat Abdullah Ibnu Umar ra, orang Yaman itu menyoal, “Bukankah aku telah menyempurnakan hak ibuku?” Kemudian Abdullah Ibn Umar ra pun menjawab, “Itu bukanlah bayaran ganti rugi, sebenarnya kamu tidak pun terbayar walau pun sedikit dari penderitaan ibunmu sewaktu melahirkanmu.” (Muslim Parents Their Right and Duties : Akhlak Husain)

Yang berkhidmat kepada ibubapa pun belum terbalas apa lagi yang durhaka. Bahagiakah kehidupan kita begitu. Sanggupkah kita melihat balasan tuhan kepada kita jika kita berbuat begitu kepada ibubapa kita?

Terkadang ada yang memelihara ibubapanya di rumahnya namun sebenarnya bukan ia membela mereka namun sebenarnya mereka meletakan kedua ibubapa di rumah hanya semata-mata untuk mengurangkan bebanan mereka dengan mengajikan pembantu rumah yang beratus ringgit setiapa bulan. Ini dapat dijimatkan dengan tidak mengaji pembantu rumah. Hakikatnya ibubapa menjadi pembantu rumah terhurmat dirumah anak sendiri. Hakikatnya lebih hina dari pembantu rumah malah menjadi hamba kepada anak-anak sendiri. Inilah apa yang terjadi sekarang ini.

Jika difikir-fikirkan tidak ada jalan keluar bagi kita melainkan kita perlu kembali kepada nilai-nilai agama dengan mengembalikan umat ini semula kepada jalan agama yang lurus melalui amalan dakwah agar umat ini berada di atas hidayat Allah swt.

Wallahua’lam