KEJAYAAN MANUSIA HANYA DALAM AGAMA.SEJAUH MANA MANUSIA TAAT PADA PERINTAH ALLAH DAN MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 17, 2010

ANAK DERHAKA

Aksi Jijik Si Derhaka : Metro 21 Disember 2009


PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, ketiga-tiga anaknya turut dihubongi supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu. (Metro 21 Disember 2009 : Dengan sedikit edit)

Targhib :

Ini lah keadaan kehidupan akhir zaman yang terpapar di dada akhbar. Dari kes zina beramai-ramai, buang bayi, tangkapan khalwat, ragut sehinggalah kepada kes bunoh kejam sekarang ini. Persoalannya bolehkah kita hidup di dalam suasana jahiliah akhir zaman ini. Kehidupan agama yang telah terkikis saban hari.

Bila kita perhati-hatikan nilai-nilai agama sedikit demi sedikit telah hilang di dalam kehidupan kita sekarang ini. Bayangkanlah bagaimana hak-hak ibubapa telah ditekankan oleh Allah swt dan Rasulnya melalui firman dan sabdaan rasulnya namun ianya tidak memberi bekas sedikit pun di dalam hati umat ini.

Diceritakan dari Abu hurairah ra bahawa satu ketika Abdullah Ibnu Umar ra melihat seorang Yaman mengelilingi Ka’bah kerana bertawaf dengan mendukung ibunya di belakangnya sambil berkata, “ Aku adalah seumpama seekor unta yang berjalan atas kehendak penunggangnya. Ketika unta-unta lain lari berkeliaran dan tidak boleh dikawal, tetapi aku tidak.”

Apabila ia melihat Abdullah Ibnu Umar ra, orang Yaman itu menyoal, “Bukankah aku telah menyempurnakan hak ibuku?” Kemudian Abdullah Ibn Umar ra pun menjawab, “Itu bukanlah bayaran ganti rugi, sebenarnya kamu tidak pun terbayar walau pun sedikit dari penderitaan ibunmu sewaktu melahirkanmu.” (Muslim Parents Their Right and Duties : Akhlak Husain)

Yang berkhidmat kepada ibubapa pun belum terbalas apa lagi yang durhaka. Bahagiakah kehidupan kita begitu. Sanggupkah kita melihat balasan tuhan kepada kita jika kita berbuat begitu kepada ibubapa kita?

Terkadang ada yang memelihara ibubapanya di rumahnya namun sebenarnya bukan ia membela mereka namun sebenarnya mereka meletakan kedua ibubapa di rumah hanya semata-mata untuk mengurangkan bebanan mereka dengan mengajikan pembantu rumah yang beratus ringgit setiapa bulan. Ini dapat dijimatkan dengan tidak mengaji pembantu rumah. Hakikatnya ibubapa menjadi pembantu rumah terhurmat dirumah anak sendiri. Hakikatnya lebih hina dari pembantu rumah malah menjadi hamba kepada anak-anak sendiri. Inilah apa yang terjadi sekarang ini.

Jika difikir-fikirkan tidak ada jalan keluar bagi kita melainkan kita perlu kembali kepada nilai-nilai agama dengan mengembalikan umat ini semula kepada jalan agama yang lurus melalui amalan dakwah agar umat ini berada di atas hidayat Allah swt.

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment