KEJAYAAN MANUSIA HANYA DALAM AGAMA.SEJAUH MANA MANUSIA TAAT PADA PERINTAH ALLAH DAN MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 19, 2010

9 orang Kristian ditahan di UPM

Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.

Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.

Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

(Sumber Malaysiakini.com)

Targhib:

Kata Maulana Elyas rah "Apabila dakwah di tinggalkan pasti sekurang-kurangnya tiga perkara akan berlaku:

a ) Akan berlaku perlanggaran Syariah dikalangan orang-orang Islam (Solat,puasa dll akan ditinggalkan)

b ) Berlaku kemurtadan dikalangan orang-orang Islam yang lemah imannya.

c ) Orang-orang kafir memusohi dan membenci orang-orang Islam.(Hilang ketakutan di hati orang-orang kafir terhadap Islam)".

Kisah di atas sudah cukup untuk kita tidak berlepas tangan untuk menjadikan kerja dakwah sebagai kerja utama kita.Inilah saranan ulama-ulama ketika Ijtimak Malaysia 2009 yang lalu.

Untuk semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Politik Islam, Badan-Badan Islam "SEKARANG BUKANNYA MASA UNTUK KITA MENGHINA DAN MENCACI SESAMA ISLAM"

Ambillah ikhtibar dari berita di atas, perahlah airmata kita di waktu Tahajud. Kasihanilah ummat yang sedang menderita. Yang telah menjadi "Anak Yatim Piatu" namun tiada yang mahu pungut.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun"

No comments:

Post a Comment