KEJAYAAN MANUSIA HANYA DALAM AGAMA.SEJAUH MANA MANUSIA TAAT PADA PERINTAH ALLAH DAN MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 19, 2010

Kedudukan Mewarnakan Rambut Putih (uban) Di Kepala atau di Badan (janggut)




Sememangnya kita pasti akan berhadapan dengan fizikal badan yang berubah dan warna rambut dan janggut akan putih apabila kita meningkat tua. Ini sebagaimana yang tercatit di dalam Al-Quran pada firman Allah swt :

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah , selepas berkeadaan lemah ia menjadikan kamu kuat . Setelah itu ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakinya , Dan Dialah juga yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Ar Rum :54)

Sesetengah teman bertanya tentang kedudukan mewarnakan rambut putih (uban di kepala) dan pada janggut di dagu. Malah sebahagian teman tidak mengetahui bahawa mewarnakan rambut dan janggut dengan warna hitam tidak dibolehkan oleh syariah.

Di bawah ini adalah kedudukan hukum mewarnakan rambut putih (uban) dan juga janggut yang putih:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
أُتِيَ بِأَبِي قُحَافَةَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ وَرَأْسُهُ وَلِحْيَتُهُ كَالثَّغَامَةِ بَيَاضًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيِّرُوا هَذَا بِشَيْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

Dari Jaabir bin AbdiLLaah beliau telah berkata
Telah dibawa Abi Quhaafah (bapa Abu Bakar yang baru memeluk Islam) pada hari pembebasan Makkah, sedangkan kepala dan janggutnya memutih seperti pokok thamaamah

Sabda Nabi s.a.w. "Ubahlah (rambut dan janggut) lelaki ini dengan apa-apa benda, jauhilah warna hitam"
(Riwayat Imam Muslim)

Di dalam Bahru Maazi di dalam Baabun Maaja a Fil Khadhab (Bab Menghinai Bulu di Tubuh Manusia)
Kata Imam Nawawi
وَمَذْهَبنَا اِسْتِحْبَاب خِضَاب الشَّيْب لِلرَّجُلِ وَالْمَرْأَة بِصُفْرَةٍ أَوْ حُمْرَة ، وَيَحْرُم خِضَابه بِالسَّوَادِ عَلَى الْأَصَحّ ، وَقِيلَ : يُكْرَه كَرَاهَة تَنْزِيه ، وَالْمُخْتَار التَّحْرِيم لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( وَاجْتَنِبُوا السَّوَاد ) هَذَا مَذْهَبنَا .

Mazhab kami (Syafi`e) sunat mencelup uban bagi lelaki dan perempuan dengan warna kuning atau merah. Haram mencelupnya dengan warna hitam menurut pendapat yang ashoh (lebih kuat)

Dikatakan (pendapat kedua) mencelup dengan warna hitam adalah makruh
Pendapat yang terpilih mencelup dengan warna hitam adalah haram kerana sabda Nabi s.a.w. "Jauhi warna hitam" didalam memwarnakan uban yang putih supaya sangka orang kamu itu muda. Inilah mazhab kami.

Namu begitu ada ulama mengatakan tak usah di celup dan dibiarkan ianya berwarna putih. Ini pendapat Al Qadhi I’yadh. Selain itu kata mereka inilah apa yang diperbuat oleh Nabi saw.

Jadi mengikut Mazhab Syafie sunnat mewarnakan dengan warna kuning atau merah Ada yang mengatakan afdhal warna kuning dan ada yang mengatakan afdhal warna merah.Namun ianya haram pada warna hitam dan sesetengah (selain Mazhab Syafie) membiarkan dengan warna putih tanpa mewarnakan. Sebahagian besar sahabat dan tabi’in mewarnakannya dan sebahagian lagi tidak mewarnakannya.

Wallau’alam
(Rujukan : Bahrul Maazi Jld 12 :Muka 137)

No comments:

Post a Comment